PENGENALAN MINYAK KELAPA DARA / VIRGIN COCONUT OIL (VCO)
Minyak Kelapa Dara bermaksud minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut.
Lauric acid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan iaitu dengan menghancurkan dua lapisan plasma membran pada organisma berkenaan.
Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication).
KETERANGAN MINYAK KELAPA DARA ASLI MY VCO
Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia samada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama dalam hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan. MY VCO terdapat dalam saiz 200ml dan dijual dengan harga RM 50/ RM 55 dan 1000ml dijual dengan harga RM 90 / RM 95 dengan penghantaran adalah percuma.
APA KATA PAKAR TENTANG KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA / VIRGIN COCONUT OIL (VCO)
“Belum pernah dalam sejarah manusia begitu penting untuk menekankan nilai minyak asid Laurik. Minyak Kelapa Dara (MDK) mengandungi medium chain triglyceridus (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam susu ibu. MCT mempunyai kesan nutrien yang sama dengan susu ibu.”
“Minyak Kelapa Dara bersifat anti virus, anti bakteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi yang mengawal pelbagai penyakit.”
Dr. Bruce Fife (Doctor Naturopati – USA)
“Minyak kelapa dara digunakan sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas radikal bebas, malah ia juga mampu mengekalkan bentuk kulit jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh penuaan faktor dan pendedahan berlebihan kepada minyak kelapa sunlight.Virgin mampu mengekalkan tisu ‘kulit penghubung ‘menjadi kuat dan halus, di mana ia membantu kulit henti dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit.
Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ia tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak kelapa dara akan meresap jauh hingga lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bersinar “. Jika anda ingin maksima kesan pemulihan, anda perlu memilih mereka yang benar-benar minyak yang berkualiti, bebas daripada sebarang bahan kimia, tiada warna pergilah dan tiada hidrogen. Semua ini terdapat dalam minyak kelapa dara.”
Dr. Joseph Mecola (Author of Total Health Program) and Rachael Droege
“Minyak Kelapa Dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidikan yang benar-benar berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan anda menjadikan Minyak Kelapa Dara sebagi sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda.”
Dr. Mark Atkinson Holistic Medical Physician BBS Bsc (Hons) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP (Clinical Nutrician)
KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA MY VCO
- Sistem PencernaanMembantu dalam proses pencernaan yang akan membolehkan tubuh anda menghadam segala khasiat dari makanan dan membuang toksin dari badan dengan lebih baik. Ini akan membuang semua masalah yang berpunca akibat pengumpulan toksin dalam tubuh.
- Sistem Imunisasi dan Kekebalan Tubuh
Tubuh anda akan lebih kebal dari penyakit kerana Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat antivirus dan antibakteria yang kuat.
- Masalah Jantung
Jantung anda akan lebih sihat dan kuat kerana kandungan asid laurik yang terkandung di dalamnya membantu mencegah masalah jantung dengan cara menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi. Ia juga mengurangkan kecederaan arteri dan mencegah aterosklerosis. - Kencing Manis dan Diabetes
Kandungan gula dalam darah anda akan lebih terkawal dan penghasilan insulin tubuh anda juga akan lebih bersesuaian. Ini akan mencegah dan mengubati kencing manis dan diabetes. - Resdung
Masalah resdung anda akan lebih terkawal dan sembuh kerana sifat antivirus, antibakteria, antikulat dan antiprotozoa yang akan membasmi kuman penyebab resdung. - Tiroid
Masalah hipertiroidisme dan hipotiroidisme akan dipulihkan kerana Minyak Kelapa Dara merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik. - Mencegah Masalah Hati
Bebanan tugas pada hati anda akan berkurangan kerana ia mencegak pengumpulan lemak dan Minyak Kelapa Dara adalahg zat tenaga yang mudah diubah. - Berat Badan
Kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat dan ini akan secara tidak langsung menurunkan berat badan anda pada tahap yang bersesuaian. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil. - Untuk Tulang
Tubuh anda akan mempunyai kebolehan menyerap kalsium dan magnesium dengan lebih baik. - Untuk Gigi
Gigi akan menjadi lebih sihat dan kuat. - Untuk Kesihatan Keseluruhan
Anda akan lebih sihat dan mampu sembuh dari pelbagai penyakit kerana Minyak Kelapa Dara memberi kebaikan dan kesembuhan dalaman dan luaran. Jadi dengan pengamalan Minyak Kelapa Dara secara berterusan, kesihatan tubuh anda anda akan berada pada tahap terbaik (optimum). - Untuk Ibu Mengandung
menghilangkan parut jerat dan stretch mark dan merawat masalah keputihan melampau ketika mengandung. Juga boleh digunakan sebagai minyak selusuh bagi memudahkan kelahiran. - Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, yang mengambil minyak kelapa dara sebagai sebahagian dari pemakanannya akan mendapati paras lauric acid dan capric acid bertambah secara ketara. (lihat keterangan terperinci dalam tajuk Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menyusukan Anak). seterusnya ia juga membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
- untuk kulit. Membantu dalam melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari. Mengelakkan penuaan awal seterusnya menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan kulit. Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Untuk Kesihatan Wanita
melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut. memperlambatkan proses menopaus bagi wanita. - Untuk kesihatan kulit kepala dan rambut. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- untuk Lelaki. Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental. Meningkatkan kesuburan. Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
TIPS PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA MY VCO
- MINUM / AMBIL minyak MY VCO selepas breakfast / sarapan pagi & waktu malam (sebelum tidur) pada jam 10 malam.
- KENAPA?? Pada masa ini, sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit perlahan atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan MY VCO bertindak dan bekerja dalam badan kita.
- ELAKKAN pengambilan MY VCO pada waktu tengahari kerana pada masa ini, sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.
- ELAKKAN juga pengambilan MY VCO sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku / kurang kerana minyak kelapa dara yang kita minum akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.
Cara Pengambilan MY VCO Mengikut Peringkat Umur
Kanak-kanak 5 bulan - 1 tahun : Titiskan sedikit dalam susu formula / susu tepung / mulut bayi.
Kanak-kanak 2 ke 6 tahun : Gunakan sebanyak 2 sudu teh, setiap pagi dan malam.
Kanak-kanak 7 ke 12 tahun : Gunakan sebanyak 4 sudu teh setiap pagi dan malam.
Untuk Dewasa : Ambil 1 @ 2 sudu makan setiap pagi dan malam.
Ambil selepas makan. Sebaiknya jarakkan sekitar 1/2 jam dari pengambilan makanan.
Bagi mereka yang kali pertama mengambil MY VCO , Mulakan dengan 1 sudu teh dengan setiap hidangan. Sebahagian orang mengalami perkumuhan yang lancar untuk beberapa hari.
Bagi mereka yang mengalami citarasa atau perut sensitif pula, boleh dicampur dengan jus buah-buahan, yogurt atau ditambah pada hidangan makanan lain seperti Oat yang dimasak. Dan bagi bayi atau kanak-kanak yang tidak boleh minum minyak kelapa dara, ia boleh dicampurkan pada makanan bayi seperti dalam susu formula / susu tepung.
Comments
Post a Comment