BUAH DELIMA dari serata DUNIA

MENGAPA DELIMA
Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti Kristal.
Dalam sesetengah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.

Orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.



Firman Allah s.w.t tentang buah delima;
=======================================

1. surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:
Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.

2. surah Al-An’am ayat 99 yang bermaksud:
Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.

3. surah Al-An’am ayat 141 yang bermaksud:
Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun, dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.



Sabda Nabi Muhammad s.a.w berkenaan delima:
==========================================

1. "Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)
2. "Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga" (Diriwayatkan oleh Al-Dzabi)
3. "Makanlah buah delima dengan isinya, kerana ia dapat mencuci penghadaman." (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Imam Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah S.W.T. dimana ia terbentuk seperti katung-katung kecil segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.
Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan yang tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dari sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut diliputi dengan kulit keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Berikutan daripada kejadian ini menunjukkan kepada kita bahawa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.


 🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑
Sudah jatuh cinta dengan buah delima yang mampu buat anda cantik, sihat, cerdik dan happy.
TAPI tak tahu mana nak dapatkan buah delima. Jangan bimbang, kami pos buah delima terus ke rumah anda atau walk in terus le Maya La Cottage di Dungun.
Delima memang terkenal sebagai buah yang mempunyai pelbagai khasiat, tapi selalunya kita bimbang untuk membeli kerana bimbang rasanya yang masam dan bijinya yang besar-besar dahlah harganya pun boleh tahan.
Insha Allah delima yang diimport dari india ini sungguh sedap, kulitnya pun cantik dan boleh diguna sebagai untuk sakit perut dan cacing bijinya pula lembut dan noleh dikunyah. Biji delima sendiri mempunyai pelbagai khasiat dan amat bagus jika dikunyah dan janganlah dibuang.
antara khasiat delima ialah:


1. Anti kanser,
2. Meningkatkan imuniti badan
3. Meningkatkan kesihatan tulang.
4. mengelak plaq pada gigi.
5. Merawat diarrhea
6. Mengawal berat badan
7. Mengelakkan kerosakan sel
8. Merawat kulit
9. Anti penuaan
10. Melindungi kulit dari kerosakan oleh matahari
11. Meningkatkan keupyaan otak
Dengan begitu banyaknya khasiat delima anda sewajarnya mempertimbangkan delima untuk dimasukkan dalam menu harian keluarga anda. Harganya berbanding khasiat adalah amat berbaloi-baloi. Kami juga menawarkan pakej buah delima india yang sedap ini pada harga lebih rendah dari pasaran.

Testimoni pembeli yang pernah merasa delima Kedai Delima


Jom LIKE page KEDAI DELIMA dan tempah stock delima anda sekarang.
ATAU 
boleh juga LIKE FB MAYA LA COTTAGE
Stock delima ini ada musimnya, terlepas kali ini kena tunggu musim akan datang pula. 


ANTARA PAKEJ DELIMA 🍑🍑 YANG ADA
(kena pm / whatsap  maya di +60109266926 untuk confirm stock)
 


PAKEJ DELIMA SYRIA
🍑🍑

 berat sekotak 5.5 Kg



 
PAKEJ DELIMA TURKI JUMBO XL
THE BEST PREMIUM GRADE
🍑🍑



   sekotak berat 5 kg (7 - 9 biji) 

PAKEJ DELIMA MESIR
🍑🍑
sekotak berat 5 kg

PAKEJ DELIMA INDIA

🍑🍑

   sekotak berat 3.5kg
 
BERMINAT???
pm / whatsapp MAYA di +60109266926


Buah delima ni Allah bagi kelebihan untuk buat manusia 
CANTIK, SIHAT, CERDIK DAN HAPPY. 
bila nak beli delima ingat khasiatnya ya. Kalau simpan dalam peti boleh tahan sebulan lebih.

Berminat???
pm or whatsapp kami di +60109266926



 PELBAGAI INFO BERKENAAN DELIMA








Comments