Kebaikan Biji Selasih

Ketika kecil-kecil dulu bila ke bandar Kota Bharu akan kelihatan pakcik-pakcik yang menjual air dengan motor parking di kaki lima jalan. Antara air yang mereka jual adalah sirap selasih. Memang biji selasih ketika itu sangat sinonim dengan air sirap. Dikalangan kami yang masih kanak-kanak masa tu kami tak panggil biji selasih, tapi kami panggil telur katak. Sebab rupanya seperti telur katak.


Biji selasih dikatakan dapat membantu menyejukkan badan. Ibu ayah, mungkin boleh cuba cara mudah untuk tambahkan khasiat pada minuman anak-anak dengan menambahkan sesudu biji selasih pada minuman keluarga.


Dengan menambah sesudu biji selasih dapat memberi pelbagai manfaat untuk badan seperti ;

1. Meningkatkan sistem imunisasi.

Selasih juga efektif dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, hal ini kerana kandungan vitamin C dan antioksidan yang ada didalamnya.

2. Dapat menyembuhkan sembelit dan juga perut kembung.

Biji selasih membantu menyembuhkan masalah pencernaan iaitu seperti perut kembung, kram perut, buang air besar tidak teratur serta sembelit.

3. Biji selasih mampu sembuhkan batukB

iji selasih memiliki antispasmodik yang berguna dalam membantu menyembuhkan batuk. Biji ini sering digunakan untuk menghilangkan batuk. Caranya dengan mencampurkan biji selasih dengan secawan teh.

4. Mampu meredakan stres

Biji selasih memiliki kesan untuk menenangkan dan bisa merawat hati, ia mampu menyembuhkan kelelahan, ketegangan saraf, migrain, dan depression. Biji bunga selasih atau kemangi juga sering digunakan sebagai bahan aromaterapi.

5. Meredakan gangguan pada pernafasan.

Teh Halia yang telah dicampur dengan biji selasih serta madu, ia bisa digunakan untuk mengatasi gangguan saluran pernafasan seperti penyakit asma dan bronkitis. Caranya yaitu dengan merebus kedua bahan tersebut bersama segelas air dalam beberapa minit. Setelah dingin, disaring airnya. Kemudian tambahkan madu secukupnya.

6. Menyembuhkan luka serta infeksi pada kulit

Minyak semulajadi yang terdapat dalam ekstrak biji selasih bisa digunakan dalam membantu proses penyembuhkan infeksi kulit dan luka di tubuh.

7. Menurunkan kadar gula dalam darah

Menurut sutter gould medical foundation, kemampuan biji selasih untuk membantu menormalkan kadar gula darah. Selain itu, selasih juyga efektif dalam mengowal nafsu makan.

8. Mampu menguatkan tulang

Tanaman yang satu ini memiliki anti inflamasi yang membantu menyembuhkan sakit arthritis. kalsium yang dimiliknya berkegunaan untuk meningkatkan kepadatan tulang, serta mencegah tulang rapuh (osteoporosis).

Sumber Seputar Manfaat. Foto Merdeka.com

Dapatkan biji selasih di sini;

https://shope.ee/4phrM9Eesi

https://shope.ee/4phrM9Eesi

https://shope.ee/4phrM9Eesi

Comments